January 16, 2014

354 - 2014 COMEBACK


Assalamualaikum. Hmmp. Rasanya kali ni nak tulis panjang sikit dari yang biasa. 2014 tahun yang terunggul katanya. This year umur aku dah mencecah 24. Langsung dah tak rasa remaja lagi. Dah boleh jadi bapak orang. Tapi tulah belajar tak habis-habis lagi.

I miss my blogger life sebenarnya. Aku ber-blogging seingat aku sejak Mei 2011 masa tu tengah tunggu result UPU. Yelah tak buat apa-apakan kat rumah. Daripada duk tengok tv baik aku menulis. Terasa ilmiah sekali waktu itu. Dulu setiap hari akan hapdate binatang ni. Setiap hari duk hadap. Memang letak laptop depan TV. Senang nak tengok sinetron plus usha-usha blog. Dulu la kan. Lagipun dulu ada lah seorang dua kawan kawan hasil kenalan dari blog sama blog. mcm mcm jenis. dari yang keep in touch. Sampai lah dah tak tahu langsung mana satu address blog diorang. Nasib ada sorang dua ada kat FB and Instagram. Adalah juga kesan peninggalan blog ni kan. Hmmmp. Dulu kan. Layout blog aku tak lah se-minimal sekarang ini. Dulu bukan main meriah. Dulu semua jenis feature aku nak sumbat dengan chat nama apa tah aku lupa dah. Nuffnang la tahla, semua letak. Yang penting waktu dulu nak banyak traffic source. Biar terasa famous like Hanis Zalikha gitu. Sekarang. Nah. Kisah pulak aku dengan jadah advert bagai. Aku kalau baca balik apa yang ditulis waktu jahilliah dulu terasa nak hentak kepala ke dinding. Mak aih. Tak tahu lah nak cakap. Rasa macam bagus je setiap entry. Siap ada resepi bagai dalam feed aku dulu. Tapi dulu aku suka juga share picture building around the world katanye. Nampak tak seorang kejuruteraan terpancor disitu. Hadoi. Pastu aku delete habis dengan resepi dengan kisah hidup terlampau ku itu dengan segala bentuk semua aku delete. Sebab aku rasa tak ada keaslian langsung. Banyak sangat Google Image. Btw segala resepi yang aku pernah tulis tu aku ingat lagi dalam kepala sampai sekarang. Lagipun perlu ke tulis resepi mcm tu. Pegang pisau pun boleh kira berapa kali setahun. Tak payah la. Verangan nak jadi master chef letew kan. Kesian blog aku. Dah macam padang jarak padang terkukur. Suci bersih. Aku memang suka men-delete. Tah kenapa jadah perangai camtu. Sudah la cerita pasal blog. Ok, back to my real life.

Itulah bila dah sambung belajar, ada ke masa nak bukak blog ni. Aku memang jenis yang bukan boleh fokus 2 3 benda dalam satu masa.nanti terbeban. Susah. Masa belajar aku belajarlah kan. Pejam celik pejam celik dah nak habis pun belajar kat UTM nih. Rase baru je register minggu lepas. Masa rase cepat sangat nih. Yelah dah nak kiamat. Mmg mcm tu. Seksa belajar aku malas cerita. Semua yang berada kat tempat aku mesti faham sangat kan. Life as a student. Seksa, sedih, tension, pengsan, sesak nafas. Semua adalah. Assignment, test, project, tu dah macam nasik. Tiap tiap hari ada. Bosan aku. Nak tak nak mesti hantar. Mesti siap. So begitulah hari hari dalam hidup ku. Tapi student life kan adalah zaman yang paling best sebab kita rase ada sayap kat belakang nih hah. Ye lah bebas. Jauh dari family mcm tu. Masa nilah kau nak berjimba. Masa ni lah kau nak rase huha huha sana sini. Hmmph. Tapi bila masuk 24 aku dah rase lain sikit. Serious. Rase mcm tak remaja langsung. Bukan rase mcm tak teruna mcm tu. Rase mcm ada satu tanggungjawab besar yang sedang tunggu. Matilah. Apa yang berlaku lepas ni. Who knows kan. Siap sedia jelah.

Blog oh blog. Kesian kau. Nasib aku tak lupa password lagi. Walaupun aku adalah king of pelupa of the world. Tapi aku tehtap ingat. Apa pun aku tetap log in ini blog kalau aku rase rindu. Rindu tah apa pun aku tak tahulah. Blog ni susah la, tak mesra smart phone pun. Benci. Buat, masa ini aku paling suka skallsss adalah Instagram. Sebab paling senang dah mudah. So silalah menjenguk aku disana. aku tak private pun. Search _hafizpazin. Fb pun dah jarang dah. Tu pun setakat nak tengok apa yg my classmates update kat group. Hmmp aku dah tahun akhir, final year yer tuan-tuan. Terasa  senior sangat. Nak nak jalan kat fakulti. Terase semua junior rebah ke bumi bila aku jalan. Hah. aku harap la kan berbaki lagi satu sem lagi ni aku dapat la lalu dengan yakin dan bersemangat waja mcm tu. Ok Ok Ok. Walaupun ada ke tidak yang nak baca blog ni. Kisah pulak aku kan. Sebab yang penting aku saje nak tulis-tulis. 

Hmmpp. Kbye.  


September 07, 2013

353 - INTERNSHIP


Alhamdullilah, over 12 weeks internship in JKR Temerloh finally completed. I would like to extend my appreciation to all engineers, technician and all staff for giving me such a wonderful experiences. (Sep 6, 2013)

352 - INTERVIEW


I have an interview with JKR Temerloh and it is compulsary before completing our internship. This is new experience for me. Thank you - (Sep 2, 2013)